Wednesday, October 10, 2007

Nilai seorang tawanan Israel

Oleh Dr. Ismail Ibrahim


KAWASAN Gaza yang mempunyai penduduk kira-kira tiga juta rakyat Palestin kini musnah teruk. Mereka bertempiaran lari sejak Israel bersiap sedia di sempadan untuk menyerang dengan segla kelengkapan senjata dan pertahanan yang canggih yang dikendalikan oleh ribuan askar.

Rakyat Palestin lari sehelai sepinggang dengan menggunakan apa saja kenderaan yang ada, kereta, lori, kereta kuda dan kereta keldai, motosikal dan berjalan kaki.

Setelah serangan dilakukan secara pantas, maka beberapa batang jambatan yang menjadi tempat menyeberang penduduk Gaza dimusnahkan, begitu juga dengan janakuasa elektrik yang turut musnah. Dengan itu rakyat Palestin yang berjumlah kira-kira tiga juta orang itu tidak lagi mempunyai bekalan elektrik, tidak ada lampu dan api, juga memberi kesan kepada bekalan air. Maka mereka yang tinggal di kawasan Gaza akan menderita teruk.

Semuanya ini berlaku semata-mata kerana seorang askar Israel, Koperal Gilad Shalit, berumur 19 tahun yang diculik oleh pejuang Palestin semasa mereka menyeberangi satu terowong ke dalam kawasan Israel dan membunuh dua orang askar Israel baru-baru ini.

Sebab itulah Israel memberi alasan dan menjustifikasikan pengeboman jambatan yang mereka lakukan, iaitu supaya askar yang diculik itu tidak dibawa lari keluar Gaza, kerana tidak ada lagi jambatan yang boleh diseberangi dengan pantas oleh sebarang kenderaan. Mereka mahu supaya askar yang diculik itu kekal di Gaza, dan mereka akan cuba menyelamatkannya.

Daripada fakta ini ternyata bahawa tiga juta rakyat Palestin terpaksa menderita dan membayar harga yang teramat mahal kerana seorang saja askar Israel yang ditawan. Israel tidak pernah merasai betapa deritanya rakyat Palestin yang kehilangan sanak saudara, anak-anak kecil, lelaki dan perempuan yang menjadi korban senjata Israel selama ini.

Mereka hanya sekadar meminta maaf ketika satu keluarga terbunuh semasa berkelah di tepi pantai kerana diserang Israel dengan kejam sekali.

Israel juga tidak pernah berasa sedikit pun segala keluhan dan kesedihan begitu ramai anggota keluarga rakyat Palestin yang ibu bapa, anak dan saudara-mara mereka yang kini meringkuk di dalam penjara di negara Israel itu.

Israel tidak merasakan semuanya ini. Tetapi apabila seorang sahaja askar mereka diculik, maka seluruh bala tentera dikerahkan untuk memusnahkan kawasan Gaza yang sedia miskin dan ‘tercekik’ itu.

Lalu menderitalah kira-kira tiga juta rakyat yang dirampas segala hak dan kebebasan mereka selama puluhan tahun ini. Rakyat inilah akhirnya yang terpaksa menderita dan merana kerana peraturan alam yang memberi kuasa kepada pihak yang kuat, dan akibat daripada undang-undang rimba yang masih menguasai dunia moden pada hari ini.

Maknanya kerana seorang saja orang tawanan musuh, maka keseluruhan tiga juta rakyat Palestin yang seharusnya menanggung akibatnya yang amat berat itu.

Israel memang boleh melakukan apa saja yang mereka mahu. Tidak ada sesiapa yang dapat berkata apa-apa, terutamanya apabila di belakang mereka berdiri pelbagai kuasa yang sentiasa mendorong mereka untuk bertindak dan melakukan sebarang kekerasan yang mereka rasakan sebagai kewajipan mereka.

Israel dengan menggunakan kereta kebalnya yang gagah perkasa kini bertindak menangkap Timbalan Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri Kabinet Palestin di bawah pemerintahan Hamas, serta puluhan para pegawai kerajaan yang lain.

Kerajaan yang dituduh bersimpati dengan Hamas juga diugut, seperti Syria. Pesawat pejuang Israel telah menceroboh ruang udara Syria, di atas istana musim panas Presidennya sendiri, yang menggegarkan istana tersebut sebagai tanda menghantar isyarat kerasnya kepada Presiden Syria.

Semua kejadian ini tentulah menimbulkan kemarahan pihak kerajaan dan rakyat Palestin, tetapi dalam masa yang sama menimbulkan rasa puas hati di kalangan penyokong Israel.

Lari

Namun rakyat Palestin hanya dapat lari lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing, tetapi rakyat Israel bersedap-sedap dengan aman damai di dalam negara mereka.

Dunia umumnya hanya menjadi penonton, kerana apa hendak dikisahkan. Hal itu berpunca daripada angkara masing-masing. Mahu tidak mahupun, dunia hanya boleh menyampaikan simpati kepada yang menderita, dan menyeru dihentikan kekerasan kepada yang menyerang. Itu saja tindakan yang bolek dilakukan, sedangkan yang kuat dan berkuasa boleh terus melakukan apa saja yang mereka mahu.

Oleh itu, sama ada yang menyerang, atau yang diserang, keadaannya amatlah berbahaya pada ketika ini. Tetapi malapetaka yang besar dan bala bencana yang berlebihan tentulah dirasakan oleh Palestin sendiri, kerana mereka merupakan mangsa yang amat malang dan tidak mempunyai keupayaan bagi mengatasi penyerang mereka yang amat gagah.

Mahu tidak mahu juga, kita haruslah mengaku bahawa Palestin adalah negara manusia yang malang, dan majoritinya adalah orang Islam. Tetapi dunia Islam sekarang ini nampaknya mempunyai pendirian yang sehala sahaja.

Apa saja tindakan yang dilakukannya maka itulah saja yang dirasakan betul, dan ada kalanya akan melenting dengan keras sekiranya mereka dikritik.

Dalam keadaan sekarang umat Islam haruslah lebih berhikmah dalam menyusun strategi perjuangannya.

Pertama sekali kita haruslah menyedari akan kelemahan diri kita, dan merasakan bahawa kelemahan ini adalah merupakan satu masalah yang berada di dalam masyarakat kita.

Berdasarkan masalah inilah, kita seharusnya mampu menghitung diri dan menyesuaikan perjuangan kita di dalam dunia yang serba konflik ini. Tetapi dalam masa yang sama, dengan mengambil tindakan lebih berhikmah itu tidaklah bererti kita seharusnya mengorbankan prinsip dan dasar kita, malah dalam masa yang sama juga kita haruslah segera berusaha membina kekuatan sendiri, dan berusaha mengatasi segala masalah dalaman yang berada di dalam masyarakat dan negara sendiri.

Sementara hal ini masih dalam agenda perjuangan, maka hikmah dalam tindakan mestilah diberikan tempatnya yang wajar, terutamanya ketika kita akan tetap menjadi sasaran hampir semua orang di sekeliling kita.

Hamas yang berpendirian tegas dengan prinsip perjuangannya semenjak dari awal kedudukannya sebagai parti pembangkang sebelum ini, nampaknya agak sukar untuk mengubah prinsip perjuangannya itu, walaupun setelah menjadi parti pemerintah.

Maka akibatnya seperti yang dapat dilihat selama ini, mereka tercekik, dan rakyat menderita tidak mendapat gaji, keputusan wang bantuan dan sebagainya.

Dan kini menghadapi satu krisis yang amat besar, sehinggakan Timbalan Perdana Menterinya ditawan bersama-sama beberapa orang menterinya seperti yang diberitakan oleh media.

Memang kadang-kadang kita harus bertegas dan berpendirian teguh dalam perjuangan, tetapi kita juga seharusnya bersedia mengubah pendirian kita di dalam situasi dan keadaan yang tertentu, terutamanya apabila kita menyedari bahawa kita tidaklah sekuat orang lain, dan kita sentiasa menjadi sasaran musuh, malah segala tindakan kita akan dijadikan alasan untuk musuh itu merosakkan kita.

Mungkin dalam beberapa keadaan, tiga langkah ke hadapan dan selangkah ke belakang lebih baik daripada selangkah ke hadapan, tetapi akhirnya terpaksa berundur banyak langkah ke belakang.

Selangkah

Memang dalam keadaan genting ini ramai yang boleh menyalahkan Israel yang kejam itu. Tetapi menjatuhkan hukuman melalui kata-kata dan kecaman sahaja tidak akan dapat mengubahkan satu realiti yang wujud di sekeliling kita. Mengecam Israel dengan segala kata-kata pedas dan keji tidak akan dapat mengubah keadaan derita yang dialami rakyat Palestin.

Umat Islam seharusnya mengambil semua kejadian dan krisis yang melanda mereka sebagai pelajaran yang berguna, bukan untuk menyerah kalah dan sujud di kaki musuh, tetapi untuk menyusun satu agenda perjuangan jangka panjang yang lebih berkesan pada masa hadapan.

Selagi hal ini tidak dapat direalisasikan, maka senyaring mana sekalipun kita memekik dan menyalak, maka pihak musuh akan menjadi semakin kuat dan gagah.

Contoh kecil yang boleh saya berikan tentang hal ini di negara kita ialah ketika Kuala Lumpur dikritik sebagai bandar raya yang biadab. Maka melentinglah ramai orang dengan pelbagai reaksi yang keras, tetapi jika dilihat kepada kenyataannya, maka mungkin dalam beberapa keadaan, kita haruslah mengambil kritikan itu sebagai satu loceng yang menggerakkan kita dari tidur dan segera menyusun strategi untuk memperbaiki keadaan sendiri.

Sampai bilakah kita seharusnya menjadi terlalu emosional ketika kita dikritik?

Kita hanya dapat menunggu dan melihat apakah perkembangan yang akan berlaku seterusnya kepada rakyat Palestin yang sekian lama hidup menderita itu, yang tempiasnya memercik kepada wajah seluruh umat Islam di dunia ini.

2 comments:

talibramli said...

Tapi yang sebenarnya peperangan palestin dan israel tak pernah dimenangi oleh orang yahudi. Begitu juga dengan sejarah perang dahulu sejak dari zaman nabi. Sekiranya berlaku peperangan, yahudi akan bersekongkol dengan pihak mana yang ramai dan kiranya majulah daripada pandangan mereka dari segi teknologi dan kekuatan. Jadi tidak pernah dalam sejarah mengatakan bila yahudi berperang dengan orang islam mereka akan menang. Pendek kata mereka ini adalah bangsa penakut mati.
Semasa berlakunya holocaust mereka menggunakan kambing hitam yang bodoh dan tamakkan kuasa iaitu hitler and the gang atau askar jerman membunuh mana-mana yahudi yang tidak mahu pulang ke palestin bagi meg'claim' tanah ibunda lah katakan.Jadi selepas itu maka diclaim lah kesian daripada pihak antarabangsa mengatakan yahudi bangsa yang teraniaya.Dan dituduhlah askar jerman yang melakukan dan yang sebenarnya holocaust itu pembunuhan yahudi keatas yahudi berpaksikan fahaman evolusi darwin.Dan dalang disebalik itu ialah zionis yang berbalah dengan ahli kitab.
Jadi dah sememangnya masyarakat islam sedunia harus mengambil iktibar. Mereka orang yahudi adalah penakut mati dan itulah kelebihan yang kita perlu ambil.
Diingatkan yahudi suka mengambil kesempatan dan mengkaji kelemahan satu kaum. Sebab itu mereka dihantar ke pelosok dunia untuk mengkaji setiap bangsa. Kiranya setiap negara ada spy yang diupah. Dulu di malaysia semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir ada geng israel yang bermain tenis di Malaysia. Juga baru-baru ini ada kapal yahudi yang berlabuh di Port Kelang.
Bila kita lihat kembali kepada peperangan gaza baru-baru ini peperangan tersebut adalah gagal.
Satu perkara yang perlu kita fikirkan, askar Amerika adalah satu pasukan yang perlu melindungi kepentingan negaranya termasuk Israel. Tugas mereka untuk melindungi Israel supaya Istana King of Solomon di palestin dibangunkan semula bagi memberi laluan dan membangkitkan kembali Dajjal yang sebelum ini dikatakan menjadi pemerintah banyak kerajaan silam seperti Kaum Mayan, Babylon, China purba, dan lain-lain yang panjang kalau nak dikupaskan.
Zionis juga terlibat dengan drama pengeboman WTC. Kalau penumpangnya mati bagaimana dengan hijacker yang ditangkap hidup-hidup? Maka mereka mengambil kesempatan dan menggunakan kebodohan orang islam yang munafik dan sebelah kakinya murtad kononya dialah yang hijack. Padahal hijacker itu makan ba alif bi.
Sebenarnya setiap peperangan orang islam dan kafir , Allah Taala akan menghantar kekuatan yang tiada tandingan. Semasa perang Afghanistan ke atas askar Russia, berlari dengan kelam kabut askar Rusia kerana dibelakang askar islam terdapat ribut pasir pada pandangan orang islam tetapi pada mata orang kafir russia mereka melihat susuk tubuh yang banyak untuk memerangi mereka.
Rusuhan kaum di Indonesia yang saya tonton satu video ceramah mengenainya iaitu peperangan antara muslim dan kristian dimana kaum kristian lari lintang pukang sebab keluarlah susuk tubuh yang tak terkira banyaknya daripada celah-celah pohon semasa mereka mahu menyerangi kaum muslimin.
Begitu peperangan di Iraq, askar amerika mengalami masalah mental selepas pulang ke negara asalnya kerana melihat pelbagai perkara aneh lagi semasa di Iraq bumi Anbiya.

talibramli said...

Jadi berbekal lah sanak saudara islam ku.
Contohi peperangan nabi
Contohi peperangan Salahuddin al ayubi.
Pernahkah mereka melampui batas?
Semasa Salahudden al ayubi mengetuai peperangan beliau menghormati musuhnya dan menghantar doktor peribadinya untuk merawat ketua musuhnya yang sakit kusta dan akhirnya sembuh. Tetapi ini semua tidak diceritakan oleh orang munafik.Dan akhirnya salehuddin al ayubi dibunuh oleh orang islam yang munafik sendiri.
Orang yahudi adalah penakut. Mereka tidak mampu memerangi Islam kecuali dengan racun sahaja. nabi Muhammad diracun.yasser araffat diracun.Micheal jackson yang memeluk islam diracun.
Peperangan di negara afrika juga didalangi oleh yahudi kerana mereka mengambil kesempatan kekurangan orang islam mengenai ilmu pengetahuan.
Jangan percaya di iraq atau afghanistan orang islam sanggup membunuh diri dengan memasang bom.Semua itu kerja yahudi yang menuduh orang islam.padahal bom itu adalah dipasang secara paksa dan diletupkan menggunakan controller.
Tidak ada dalil mengatakan umat islam boleh membunuh diri walhal secara demikian.Hanya orang yahudi yang penakut sahaja yang menggunakan cara itu.